Dalam cinta tak hadir

 

 

 

demi ayah

yang sudah sampai ke usia senja

aku mohon Kau Berikan penggantinya

mataku lihat ayah

hatiku deraikan airmata

aku perlukan seorang lelaki

menjadi wali

perisai diri materi

 

Kau Berikan aku dia

untuk aku beri bimbingan

sambil jalan seiringan

Kau Kata

jangan sampai ada perpisahan

aku harap

sama-sama dalam perpaduan

kerana

sama-sama ingin belajar

sama-sama ingin tahu

pinta hamba

sama-sama jadi murid

sama-sama jadi guru

 

meski dalam cinta tak hadir

prihatinku padanya tetap lahir

hormat padanya sentiasa mengalir

Engkau pun Tahu

isi hatiku

ruang yang ada aku isikan dengan tumpuan

untuk hadapi dugaan demi dugaan

cubaan demi cubaan

sambil laksanakan tanggungjawab dan kewajipan

ujian dunia bagai tiada kesudahan

cinta andai hadir

hanya hiburan

cinta andai hadir

jangan sampai aku terbawa-bawa

kerna cinta mengasyikkan

 

telahku selami makna

hikmah hidup begitu

manis dalam pahitnya

andai hidup bermadu

aku bahgia kalau dia bahgia

diri ini enggan penjarakan dia

sama-sama hamba

merdeka sama-sama

 

 

 

E n g k a u   a k u   d i a
 

d a l a m   c i n t a   t a k   h a d i r
 

p i n t a   h a m b a   I
 

p i n t a   h a m b a   I  I
 

s a y a n g k u   j a g a   d a l a m   l e n a m u
 

t h e   b e s t   m e d i c i n e
 

v e r y - t h e - s t e r n - w a r n i n g
 

c h e r r y ' s   n i c h e