Engkau aku dia

 

 

 

PemberianMu padanya

membutakan akal dan fikiran

difikirnya hebat

sedang aku lihat

Engkau Maha Hebat

Engkau Maujud Tiada Bertempat
mataku lihat
tiada apa yang dia ada melainkan
belenggu yang mengikat
mataku lihat lagi
dia di dalam jerat

 

semakin banyak ilmu
semakin jelas kedengaran
dengki-mendengki
sindiran kerana tak puas hati
ambil tahu hal peribadi

sayang

bicara wajah dan keadaan hati bezanya ketara

jaraknya

bagai langit dengan bumi

jauh sekali sebati

 

Engkau pun tahu

siapa yang gagal pegang amanah

siapa yang tak pandai simpan rahsia

tapi mengenangkan Kau Izinkan jua

aku terima dengan rela

sengatnya berbisa

tapi Kau Balutkan luka
istimewa

  

ilmu manusia biasa

setitik zarah yang jatuh

bukan timbul di permukaan

tapi tenggelam di dasar lautan

asal saja rentak berlainan kedengaran

cepat mereka bidas

cepat mereka jatuhkan hukuman

sedang soal hukum itu hanya HakMu

Hak Tuhan Maha Pencipta
aku lihat dia lihat aku sama

aku seperti mereka manusia biasa

aku punya kelemahan

aku punya kekurangan

maka itu

aku lebih suka rujuk padaMu

 

untuk rasulMu Muhammad

yang tetap memaafkan umat

UntukMu Yang Satu

aku sedia maafkan mereka

aku sedia lupakan segala-gala

 

mahuku terus melangkah jauh

bertemu cinta

bertemu DiriMu

namun

mengikut MahuMu

aku di dunia

aku terima
tapi aku minta kau bersamaku
di sepanjang masa

  

aku percaya

segala ciptaanMu ada makna

ada hikmah tersendiri

terserah padaMu

Engkau Lebih Mengerti

 

janjiku padaMu dulu

waktu aku belum pun singgah di rahim ibuku

demi

jasadku dan rohku

jalan seiringan

sama-sama berpimpin tangan

sama-sama enggan

berganjak dari landasan

terima kasih wahai Tuhan

syukur ke hadrat Ilahi hamba panjatkan

 

segala-galanya berbalik kepadaMu Maha Pemberi

wahai Sang Pencipta

aku hanya hamba

hamba yang namanya juga peminjam

semua ini bukan bererti aku bijak

bukan juga bererti aku miskin atau berada

tapi terserlah sifat Engkau yang amat Pemurah

sungguh Engkau Maha Bijaksana

sungguh Engkau Maha Sempurna

SubhanALLAH

 

aku dah cuba untuk berdiri

aku dah cuba cari erti

kekadang aku dipaksa jalan di titi
namun tetap
tak jadi persoalan lagi
samada aku dah berpuas hati
keranaMu
rasa puas hati aku tolak ke tepi

kerna yang satu ini

aku masih tak pasti

Redhakah Engkau akan diriku ini

 

seluruhku

debar dalam nanti

rasanya bagai mati

aku belum mati

tapi aku bagai mati sebelum mati

matiku
tetap

debar dalam nanti

 

 

 

E n g k a u   a k u   d i a
 

d a l a m   c i n t a   t a k   h a d i r
 

p i n t a   h a m b a   I
 

p i n t a   h a m b a   I  I
 

s a y a n g k u   j a g a   d a l a m   l e n a m u
 

t h e   b e s t   m e d i c i n e
 

v e r y - t h e - s t e r n - w a r n i n g
 

c h e r r y ' s   n i c h e